41,385

Pelawat

1.59M

Tontonan

1,302

E-Book

Header Background

Koleksi Ayat Padu

Peringatan santai untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Baca, hadam, dan jadikan panduan hidup.

"Berhenti mengharapkan penghargaan manusia. Buat sesuatu kerana ikhlas, tenang hati kau nanti."

Pakcik Tan

"Orang yang hebat bukan yang tak pernah jatuh, tapi yang bangun setiap kali diuji. Teruskan melangkah."

Pakcik Tan

"Biar nampak biasa di mata manusia, asalkan luar biasa usahanya. Rezeki tak pernah salah alamat."

Pakcik Tan

"Kawan masa ketawa memang ramai, tapi kawan yang sanggup pinjamkan bahu masa kau menangis, itu yang payah dicari."

Pakcik Tan

"Jangan terlalu selesa berada di atas, sebab tayar sentiasa berputar. Ada masa kau kena ganti yang pancit."

Pakcik Tan

"Mulut orang kita tak boleh tutup, tapi telinga sendiri kita boleh pekakkan. Teruskan melangkah selagi kau tahu niat kau betul."

Pakcik Tan

"Penat tu biasa, tapi jangan sampai menyerah kalah. Berehat sekejap, lepas tu bangun balik."

Pakcik Tan

"Bila orang kutuk kau, senyum je. Diorang tengah tolong kutip dosa kau secara percuma."

Pakcik Tan

"Hidup ni bukan pertandingan siapa paling hebat dan paling kaya, tapi siapa yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain."

Pakcik Tan

"Kadang-kadang, diam itu jauh lebih baik daripada bertekak panjang dengan orang yang tak faham bahasa."

Pakcik Tan

"Rezeki tu bukan sekadar duit masuk beribu. Kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, itu pun rezeki gergasi yang kita selalu lupa nak syukur."

Pakcik Tan

"Jangan terlalu sibuk jaga tepi kain orang sampai tak perasan kain sendiri tengah terkoyak."

Pakcik Tan

"Kejayaan takkan datang bergolek dari langit kalau kau sendiri malas nak merangkak cari peluang."

Pakcik Tan

"Kalau tak mampu nak tolong orang dengan wang ringgit, tolonglah dengan doa dan senyuman. Itu pun sedekah."

Pakcik Tan

"Jatuh sekali tak bermakna kau gagal selama-lamanya. Ia cuma pengajaran untuk kau lebih berhati-hati pasni."

Pakcik Tan

"Bahagia tu kita yang cipta. Jangan sesekali letak kunci kebahagiaan kau dalam poket orang lain."

Pakcik Tan

"Biar rupa tak hensem, janji poket tak kosong dari usaha halal dan hati tak kotor dengan hasad dengki."

Pakcik Tan

"Orang yang paling rugi adalah orang yang hari ini peribadinya sama je macam semalam, langsung takde kemajuan."

Pakcik Tan

"Jangan takut kalau kau gagal berulang kali, tapi takutlah kalau kau tak pernah langsung berani mencuba."

Pakcik Tan

"Akhir sekali, takde siapa boleh ubah nasib kau melainkan diri kau sendiri yang berani bangun dan mulakan langkah pertama."

Pakcik Tan

Dapat Sesuatu Daripada Ayat-Ayat Ini?

Bantu kami sebarkan lebih banyak manfaat dengan mendapatkan buku fizikal atau menyumbang.